Eh! Apa Dah Jadi Ni Pfizer?

1,838

Menurut Institut Kesihatan Awam Norway, Pfizer akan mengurangkan jumlah dos vaksin coronavirus yang dihantar ke Eropah buat sementara waktu. Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh pihak berkuasa, pengiriman vaksin Pfizer-BioNTech akan dikurangkan bermula dari minggu depan hingga jangka waktu yang akan datang.

Selain itu, mereka menjangka akan memperoleh sebanyak 43,875 dos vaksin dari Pfizer pada minggu ke-3. Namun, mereka baharu mendapatkan sebanyak 36,075 dos.

Walau bagaimanapun, Pfizer tidak mahu mengemukakan sebarang komen berhubung isu berkenaan. Untuk pengetahuan semua, pengurangan sementara pengiriman vaksin itu didorong oleh peningkatan kapasiti pengeluaran.

Malangnya, pengurangan sementara tersebut akan mempengaruhi semua negara Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla menzahirkan kenyakinannya bahawa syarikat berkenaan mampu untuk meningkatkan pengeluaran vaksin tahun ini dengan tujuan pembuatan hingga 2 juta dos.

Tambahnya lagi, Pfizer kini mempunyai lebih banyak dos vaksin daripada yang digunakan.

Sementara itu, Kesatuan Eropah mendedahkan bahawa mereka menggandakan stok vaksin Pfizer-BioNTech. Ursula von der Leyen, presiden Suruhanjaya Eropah, mengatakan bahawa perjanjian itu akan membolehkan EU membeli 300 juta dos lagi untuk stoknya yang sedia ada. Namun begitu, bahagian eksekutif EU telah menerima kritikan kerana tidak membeli lebih banyak vaksin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat