Eh! Berani Betul India Dengan China!

1,883

Menurut sebuah sumber, India merancang untuk meningkatkan pengawasan terhadap import tembaga dan aluminium, serta bakal memperkenalkan polisi untuk mengekang pengiriman dari China dan negara-negara Asia yang lain bagi melindungi pengeluar domestik. Oleh yang demikian, pihak berkuasa di New Delhi telah menggesa para pengimport untuk mendaftar sebagai langkah pertama menuju kawalan yang lebih ketat serta memerlukan keizinan untuk penghantaran dua logam berkenaan secara individu.

Di samping itu, inisiatif tersebut diambil bagi mendorong ke arah self-reliance economic. Selain itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi juga menggesa untuk mengurangkan import dan meningkatkan eksport produk bernilai tambah.

Manakala pengawasan yang lebih ketat bertujuan untuk menyenaraikan import tembaga dan aluminium ke daftar barang-barang terlarang, yang mewajibkan para pengimport bagi mendapatkan lesen yang dikeluarkan oleh pemerintah untuk setiap pengiriman.

Walau bagaimanapun, kementerian perdagangan India tidak mahu mengemukakan sebarang maklum balas berhubung isu tersebut.

Berdasarkan sebuah data, China, Jepun, Malaysia, Vietnam dan Thailand adalah antara pengeksport tembaga utama, menyumbang sebanyak 45% daripada import tembaga yang mencecah $ 5 bilion India pada tahun 2019 dan 2020.

Seterusnya, India turut merancang mekanisme serupa untuk import aluminium, yang kebanyakannya berasal dari China. Hal ini demikian kerana negara kuasa besar tersebut dianggap sebagai ancaman besar terhadap industri aluminium India.

Sejak April, sekitar 58% permintaan aluminium India dipenuhi oleh kegiatan import dengan harga 22% lebih murah daripada aluminium primer domestik. Sementara itu, negara berkenaan dilaporkan telah mengimport aluminium bernilai sekitar $ 4.4 bilion dolar pada 2019 dan 2020. Manakala China adalah pembekal terbesar aluminium dengan jumlah penghantaran bernilai lebih dari $ 1 bilion.

Untuk pengetahuan semua, India telah meningkatkan halangan perdagangan dan pelaburannya terhadap syarikat-syarikat China akibat daripada pertempuran antara 2 buah negara itu pada bulan Jun di sempadan Himalaya yang dipertikaikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat