Eh, Mat Saleh Ni Mahu BNM Lebih Agresif Dengan OPR Kita Kenapa?

819

‘Amboi, amboi, amboi, amboi.’

Para pegawai Manulife Investment Management mengatakan Bank Negara Malaysia (BNM)  sepatutnya lebih agresif dengan pengetatan dasar monetarinya berdasarkan kadar inflasi yang masih rendah.

Menerusi acara tinjauan pelaburan suku ke-4 Manulife, Luke Browne yang memegang jawatan sebagai ketua peruntukan aset menyatakan kemahuannya untuk melihat kadar dasar semalaman (OPR) Malaysia dinaikkan secara agresif.

Jelasnya, berdasarkan konteks situasi sekarang di mana inflasi Malaysia masih terendah berbanding negara lain, maka keputusan terbaik adalah untuk menaikkan OPR pada kadar agresif.

Turut menyokong adalah Sue Trinh, ketua strategi makro, dengan mengatakan keadaan inflasi Malaysia yang sederhana membantu BNM mengelak dasar monetari yang agresif dan pembukaan sempadan juga menyokong pemulihan ekonomi.

Sebagai rekod, kadar inflasi Malaysia berdasarkan indeks harga pengguna (CPI) telah meningkat 4.4% tahun ke tahun pada 127.9 Julai 2022 berbanding 122.5 semasa tempoh sama tahun lepas.

Ekoran daripada itu, OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas pada 2.50% dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 8 Septemebr lalu.

Dalam pada itu, Trinh turut mengulas mengenai risiko yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Menurutnya, ketidaktentuan politik domestik boleh menjadi ancaman utama kepada perlaksanaan dasar fiskal dalam menyokong pertumbuhan.

Selain itu, Malaysia turut terdedah kepada potensi kemelesetan ekonomi global berdasarkan situasi ketegangan inflasi dunia seperti Amerika Syarikat (AS), China serta Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat