Eh Powell ‘Hawkish’, Tapi Kenapa US Dolar Lemah Pula?

417

US dolar yang dijangka untuk bergerak kukuh dalam pasaran sebaliknya memaparkan prestasi suram pada dagangan Rabu semalam.

Raja mata wang itu kembali menunjukkan penyusutan nilai dalam tempoh 6 hari dagangan selepas pengukuhan bermula pada minggu lalu ketika reaksi data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.

Namun penganalisis melihat situasi ini hanyalah sebagai pembetulan harga (correction) untuk pasaran bersedia bagi pengukuhan lebih lanjut US dolar selepas ini.

Ini berikutan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada Selasa lalu telah memberikan petunjuk besar kepada pasaran bahawa bank pusat berkemungkinan akan menangguhkan langkah pemotongan kadar faedah.

Susulan data-data ekonomi AS terbaru menunjukkan bacaan kukuh, kadar faedah tinggi yang dikekalkan sebelum ini dijangka bakal diteruskan untuk tempoh lebih panjang.

Kebanyakan mata wang utama menunjukkan pemulihan nilai masing-masing ketika situasi penyusutan US dolar ini.

Indeks dolar (DXY) menunjukkan penurunan semula di bawah paras 106.00 mata selepas mencapai paras ketinggian 106.50 mata pada Rabu.

Hasil perbendaharaan 10-tahun AS juga paparkan corak ‘pullback’ dari ketinggian berhampiran 4.70% ke paras sekitar 4.58%.

Tumpuan pada hari ini (Khamis) akan terarah kepada data tuntutan faedah pengangguran AS bersama indeks pembuatan Philly Fed dan jualan rumah Mac.

Selain itu, ucapan dari beberapa pegawai Fed akan diperhatikan di sesi New York yang boleh mencetuskan spekulasi terhadap penetapan dasar monetari bank pusat.

Bukan sahaja US dolar, malah dagangan aset safe-haven seperti emas juga mula suram membuatkan pelabur berhati-hati dengan risiko kejatuhan lanjut harga.

Emas didagangkan di bawah paras $2,370 pada awal pagi ini selepas harga mula susut di sesi New York semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat