Eh, USD Dah Tak Power?

313

US dolar kembali berundur dari paras ketinggian 20 tahun berbanding pesaing utamanya pada Selasa yang berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung oleh pelabur menjelang akhir dagangan bulan Ogos.

Selain itu, pelabur juga mungkin mula berwaspada menjelang terbitan data tumpuan utama minggu ini iaitu laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Meskipun begitu, pendirian hawkish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell masih lagi menyokong raja mata wang itu untuk kekal tinggi.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan menyusut pada 108.65 pada awal sesi Asia.

Susulan kenyataan Powell di simposium Jackson Hole minggu lalu, jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kini meningkat melebihi 70% mengikut alat CME FedWatch.

Sementara Bank Pusat Eropah (ECB) pula diramalkan akan membuat kenaikan yang sama dengan kemungkinan lebih tinggi 67%, meningkat daripada 48% pada hari Jumaat.

Pegawai-pegawai ECB juga memberi petunjuk untuk melaksanakan peningkatan dalam kadar faedah yang lebih besar pada mesyuarat September akan datang walaupun ia kini berisiko berdepan ancaman kemelesetan di Eropah.

Hal ini kembali menyokong mata wang euro untuk meningkat pada 1.0000 selain turut mencuri peluang daripada penyusutan yang dicatatkan US dolar, dengan tumpuan pelabur kini terarah kepada penerbitan data bacaan awal inflasi Jerman untuk bulan Ogos.

Buat pelabur dolar greenback pula, perhatian akan diberikan kepada pengeluaran data pembukaan pekerjaan JOLTS dan keyakinan pengguna AS pada sesi New York.

Dalam pada itu, mata wang pound diniagakan sedikit meningkat, namun kekal lemah di paras terendah sejak Mac 2020 dengan jangkaan ia terus suram berikutan ketiadaan data-data utama dari Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat