Ekonomi A.S Semakin Gawat, Para Pelabur Mula Berundur Dari Pasaran!

821

Laporan mingguan Bank of America (BofA) pada hari Jumaat melaporkan bahawa para pelabur telah mengeluarkan dana ekuiti A.S sebanyak 25.8 bilion pada minggu ini sehinga hari Rabu. Penarikan jumlah dana ini merupakan aliran keluar aset ketiga terbesar.

Menurut penganalisis BofA berdasarkan data pada minggu ini sehingga 23 September, para pelabur menarik kembali modal mereka dari pelbagai sektor selepas mengalami kejatuhan berikutan Covid-19.

Saham-saham teknologi telah mengalami aliran keluar sebanyak $ 1 bilion, satu jumlah terbesar sejak Jun 2019. Manakala saham blue chip kerugian $ 11.6 bilion. Bursa S&P 500 telah kehilangan 7.2% setakat ini pada bulan September, prestasi bulanan negatif pertama sejak bulan Mac . Disisi lain, bursa Nasdaq telah kehilangan lebih dari 10%.

Tambah dapatan kajian BofA, kejatuan dalam bursa saham pada bulan September adalah merupakan pembetuan dalam pasaran yang disebabkan fasa krisis pertengahan tahun.

Pergerakan besar lain dalam aliran pelaburan minggu ini ialah hasil dana bon yang mengalami aliran keluar terbesar sejak Mac dengan kehilangan sebanyak $ 5.4 bilion.

Pasaran kini terus memberi tumpuan terhadap perkembangan ekonomi kerana pilihanraya presiden semakin dekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat