Ekonomi China Buat Pelabur Mata wang Ini Kecewa!

290

Ekonomi China kehilangan momentum pertumbuhan pada suku kedua berikutan permintaan yang lemah di dalam dan luar negara.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) dilaporkan meningkat hanya 0.8% pada suku kedua (April-Jun) daripada suku sebelumnya yang mencatat pengembangan sebanyak 2.2%.

Pada asas tahunan pula, ekonomi berkembang 6.3% pada suku tersebut, meningkat daripada 4.5% yang direkodkan pada suku pertama, tetapi meleset daripada jangkaan untuk pertumbuhan 7.3%.

Jurucakap Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) yang mengeluarkan data tersebut berkata bahawa China berdepan persekitaran antarabangsa geopolitik dan ekonomi yang kompleks.

Namun, negara itu masih boleh mencapai sasaran pertumbuhan satu tahun penuhnya yang ditetapkan sekitar 5% untuk 2023 pada Mac lalu.

Terbitan data itu turut disusuli oleh laporan jualan runcit yang meningkat 3.1% pada Jun, menurun jauh dari bacaan 12.7% pada bulan sebelumnya dan sedikit tersasar dari jangkaan untuk kenaikan 3.4%.

Bagaimanapun, data pengeluaran perindustrian tanpa dijangka lebih baik dengan meningkat sebanyak 4.4% pada bulan Jun daripada tahun lalu berbanding ramalan 2.7%.

China telah menamatkan kawalan Covid-19 pada bulan Disember, namun sejak itu ia telah menyaksikan pemulihan ekonomi yang suram dipengaruhi oleh sektor hartanah yang merosot dan eksport yang menjunam disebabkan oleh  kejatuhan permintaan global.

Susulan data tersebut, dolar Aussie dan New Zealand mencatat penyusutan dan berundur lebih jauh dari paras tertinggi yang dicatatkan minggu lalu.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat