Ekonomi China Terus Pulih Di Saat Negara Lain Masih Bergelut!

298

Ekonomi China terus menunjukkan pemulihan daripada kemerosotan yang disebabkan pandemik coronavirus pada suku ketiga, menurut data yang diterbitkan oleh Biro Statistik Negara (NBS) pada hari ini.

Bagaimanapun, bacaan yang dicatatkan mengecewakan pasaran dengan pertumbuhan sebanyak 4.9% pada suku ketiga 2020, meningkat daripada 3.2% yang direkodkan dalam tempoh tiga bulan sebelumnya dan unjuran 5.2%.

Ini menjadikan pertumbuhan untuk tiga suku pertama tahun ini menjadi 0.7% daripada tahun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan NBS, secara kesuluruhannya pemulihan ekonomi negara dilihat terus stabil. Namun begitu, terdapat kebimbangan daripada negara luar yang masih bergelut dengan gelombang kedua dan China di bawah tekanan besar untuk mencegah penularan wabak dari luar.

Susulan data yang tersasar dari jangkaan, ia hanya menyebabkan perubahan kecil dalam pasaran dengan dolar Aussie didagangkan sedikit menyusut setelah mencatatkan peningkatan ketika pembukaan dagangan sesi Asia.

Dolar kiwi pula terus didagangkan positif, disokong oleh kemenangan Jacinda Ardern dalam pilihan raya pada hujung minggu sekali gus membolehkannya meneruskan khidmat sebagai Perdana Menteri New Zealand untuk penggal kedua.

Selain itu, pasaran juga diperlihatkan dengan penerbitan data jualan runcit yang meningkat ketara 3.3% pada September.

Sementara pengeluaran industri meningkat 6.9% pada bulan September dari tahun lalu, menjadikan pertumbuhan keseluruhan untuk sembilan bulan pertama tahun ini menjadi 1.2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat