Ekonomi Eropah Menuju Kemelesetan, EUR/USD Bakal Turun Lepasi Paras Terendah Minggu Lalu

887

Sentimen bagi matawang Euro terus kekal berisiko sehingga dagangan bersambung pada minggu ini dengan pergerakan harga bagi matawang Eropah itu dilihat lemah berbanding beberapa matawang utama yang lain pada carta harga.

Suntikan dana bernilai €750 bilion Euro pada minggu lalu dilihat gagal memberi sokongan terhadap matawang Euro untuk mencatat pemulihan ekoran kesan penularan wabak Coronavirus di Eropah semakin membimbangkan.

Itali antara yang memaparkan statistik terburuk kini telah mencatatkan angka kematian dan jangkitan virus COVID-19 yang lebih tinggi mengatasi negara China.

Data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang akan diterbitkan pada Selasa juga turut diramalkan merosot berikutan aktiviti ekonomi yang semakin terjejas.

Pada dagangan minggu lalu, pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD mempamerkan corak penurunan yang jelas sehingga penghujung minggu melengkapkan siri penurunan harga untuk 2 minggu berturut-turut.

Pada Jumaat, harga dilihat gagal melepasi penurunan pada zon support sekitar 106.500 yang telah diuji pada hari sebelumnya walaupun harga berjaya mencecah penurunan terendah pada 1.06300.

Sesi Asia pada pagi ini melihatkan harga telah membuat kenaikan hampir 100 pips namun masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan harga masih kekal dalam trend bearish.

Jika harga kembali menyambung penurunan semula, zon support 1.06500 akan kembali diuji untuk harga meneruskan penurunan lebih rendah.

Harga yang berjaya breakout zon support tersebut bakal mencatatkan paras terendah terbaru berkemungkinan ke paras support pada April 2017 yang lalu sekitar 1.05700.

Namun jika harga membuat kenaikan lebih tinggi melepasi halangan dimanik MA50, harga berkemungkinan memberikan isyarat perubahan trend.

Kenaikan harga akan menuju paras 1.08000 dan menguji zon SBR (support become resistance tersebut) sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Zon SBR pada 1.1000 dijangka akan menjadi destinasi tumpuan bagi kenaikan harga yang seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat