Itali Berada Dalam Keadaan Bahaya, Perdana Menteri Itali Harapkan Dana Eropah!

2,673

Pada ketika ini, Itali merupakan negara yang mencatat kematian tertinggi akibat wabak pandemik COVID-19. Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte pada hari ini, meminta agar Kesatuan Eropah menggunakan dana kecemesan bagi mengurangkan impak pandemik.

Itali kini sedang berhadapan dengan jumla kes Covid-19 tertinggi di Eropah. Setakat ini jumlah kematian yang dicatat adalah sebanyak 3,405 kes iaitu angka bacaan yang mengatasi jumlah kes kematian di China yang mencatat 3,253 kes.

Negara selatan Eropah tersebut telah mengeluarkan perintah “Lockdown” lebih daripada seminggu dimana penduduk hanya dibenarkan ke farmasi dan kedai runcit kecil sahaja. Penularan wabak ini telah menyebabkan ekonomi Itali terhenti dan kebanyakkan pakar ekonomi meramalkan bahawa Itali tidak dapat keluar daripada kemelut kemelesetan ekonomi pada tahun 2020.

Conte berkata EU harus menggunakan dana sebanyak 500 bilion euro ($ 539 bilion) untuk membiayai negara-negara yang sedang berada dalam kemelut bagi menangani pandemik ini.

Di sisi lain, pemimpin Eropah juga turut secara ringkas membahaskan mengenai bon Eropah tersebut. Menurut beliau, bon Eropah tersebut sangan sensitif kerana bon eropah secara teknikal mengmpulkan kesemua hutang dalam satu ikatan.

Menurut pakar ekonomi Eropah di Berenberg Bank, Florian Hense, hal ini tidak akan semudah disangka dalam mendapatkan kelulusan pengunaan bon untuk pandemik Covid-19. Walaubagaimanapun jika Angela Merkel memiliki pandangan yang sama dan berusaha kearah tersebut maka ia mungkin boleh berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat