Ekonomi Jepun Berada Tahap Terburuk

1,115

Ekonomi Jepun mencatatkan penyusutan pada paras paling terendah dalam sejarah ketika negara itu sejak 1980.

Lapor BBC, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun merekodkan penurunan sebanyak 27.8% dari April hingga Jun berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Salah satu faktor utama di sebalik kemerosotan itu adalah disebabkan penurunan pembelian barangan pengguna tempatan, yang menyumbang lebih separuh daripada ekonomi Jepun.

Selain itu, eksport Jepun juga menurun secara mendadak ekoran aktiviti perdagangan terkesan teruk berikutan Covid-19.

Terdahulu, Jepun telah bergelut menghadapi pertumbuhan ekonomi yang perlahan sebelum wabak Covid-19 melanda, akibat peningkatan cukai jualan sebanyak 10% tahun lalu dan kesan taufan Hagibis.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Shinzo Abe telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi besar-besaran yang bertujuan meringankan beban rakyat.

Walaupun Jepun telah menarik perintah darurat mereka pada penghujung Mei, wujud kebimbangan bahawa peningkatan jumlah kes Covid-19 baru-baru berkemungkinan menjejaskan perniagaan dan perbelanjaan isi rumah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat