Ekonomi Jepun Masih Parah, BOJ Kekalkan Kadar Faedah

255

Bank of Japan (BOJ) mengekalkan dasar monetari tidak berubah pada hari ini tetapi memberi pandangan yang lebih suram terhadap eksport dan pengeluaran susulan gangguan rantaian bekalan global disebabkan Covid-19.

Seperti dijangkakan secara meluas, kadar faedah kekal tidak berubah di tahap terendah pada -0.10% dan sasaran hasil bon kerajaan 10 tahun juga ditetapkan sekitar 0%.

BOJ sebelum ini telah menjelaskan bahawa mereka hanya akan mempertimbangkan pengetatan dasar monetari ketika pertumbuhan, pekerjaan dan inflasi cukup untuk menjaminnya.

Pertumbuhan ekonomi pada suku kedua kuat dengan berkembang 1.9%, tetapi rekod ini tidak termasuk kesan penyebaran wabak varian delta yang mana ia telah menyebabkan keadaan darurat dilaksanakan di beberapa wilayah yang terkesan.

Ini disusuli dengan data-data pengeluaran dan eksport yang semakin melemah ekoran gangguan rantaian bekalan global kerana penutupan kilang di Asia berikutan langkah sekatan yang dilaksanakan untuk membendung penularan varian delta. Kelemahan ini menimbulkan risiko untuk perlambatan dalam pemulihan ekonomi Jepun.

Bagaimanapun, BOJ masih mempertahankan penilaiannya terhadap ekonomi dengan mengatakan ia terus menunjukkan peningkatan walaupun masih dalam keadaan parah akibat pandemik coronavirus.

Inflasi yang lemah juga telah menguatkan pandangan bank pusat untuk mengekalkan rangsangannya. Harga pengguna teras turun 0.2% pada Julai kerana penggunaan yang lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat