Ekonomi UK Berkembang Lebih Tinggi Daripada Jangkaan Pada 2017

467

Ekonomi Britain meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada suku keempat tahun 2017 seperti yang ditunjukkan dalam data yang dikeluarkan pada Jumaat.

Pertumbuhan ekonomi naik 0.5% berbanding jangkaan pasaran 0.4%. Bacaan kali ini adalah yang tertinggi sepanjang tahun 2017 yang juga melebihi bacaan pada suku ketiga.

Walaubagaimanapun Pejabat Statistik mengatakan bacaan ini adalah antara yang perlahan di mana pertumbuhan juga tidak sejajar di dalam ekonomi keenam terbesar dunia itu.

Pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan pada 2017 mencatat bacaan 1.8% berbanding 1.9% dicatat pada 2016. Ia juga melebihi jangkaan, namun adalah yang paling perlahan sejak tahun 2012.

“Data pada hari ini adalah satu lagi kejutan positif kepada ekonomi yang akan terus menekan BoE untuk menaikkan kadar faedah,” kata Jasper Lawler, ketua penganalisis di London Capital Group.

Data jualan runcit Kanada

Jualan runcit di Kanada meningkat kurang daripada jangkaan pada November di mana kenaikan harga gasolin dan barangan elektronik ditekan oleh kemerosotan jualan kenderaan baru.

Jualan runcit hanya naik 0.2% berbanding jangkaan pasaran 0.7%. Namun, apabila dilihat kepada bacaan teras (Core retail sales), bacaan meningkat 1.6% lebih daripada jangkaan 0.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat