Ekonomi Masih Perlu Rangsangan Monetari Yang Besar – Draghi

75

Presiden ECB Mario Draghi berucap di hadapan Parlimen Eropah pada Isnin menyatakan ekonomi semakin mengukuh dan kesannya menyeluruh ke semua sektor dan negara-negara yang menggunakan matawang Euro.

Mario Draghi mengatakan risiko negatif kepada pertumbuhan ekonomi semakin berkurangan.

Walaubagaimanapun, menurut beliau tekanan terhadap inflasi asas masih lagi lemah. Manakala tekanan kos daripada perubahan kadar gaji masih lagi belum cukup untuk menyokong inflasi untuk mengukuh dengan sendirinya menuju kepada objektif jangka sederhana.

Dalam konteks ini, walaupun jangkaan pertumbuhan ekonomi semakin baik, ekonomi masih lagi bergantung kepada rangsangan ekonomi yang besar.

Draghi juga menyatakan bahawa ECB dalam polisi monetari mesyuarat Jun, akan menerima kemaskini projection dari staf bank pusat. Maklumat yang lebih lengkap akan diterima dan ECB akan dapat membuat formulasi tentang risiko kepada pertumbuhan dan inflasi.

Secara keseluruhan, Draghi menyatakan ECB yakin bahawa ekonomi masih memerlukan sokongan rangsangan monetari yang besar, termasuk melalui panduan ke hadapan (forward guidance), bagi menyerap sumber-sumber ekonomi yang tidak digunakan sepenuhnya.

Beliau juga menyatakan ekonomi yang lebih dinamik dari masa ke semasa akan menyumbang kepada kembalinya kepada penggunaan polisi kadar faedah yang lebih tinggi.

Komen Draghi secara keseluruhan menunjukkan ECB masih lagi enggan mengubah ‘forward guidance‘ pada mesyuarat Jun. Kali ini juga beliau enggan memberikan panduan yang lebih jelas.

Matawang Euro bergerak lebih rendah semasa ucapan Draghi dengan Eur/Usd jatuh hampir 20 pip setakat pada masa artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat