Ekonomi New Zealand Semakin Perlahan Pada Suku Keempat

65

Ekonomi New Zealand berkembang dengan lebih perlahan dari jangkaan pada suku keempat 2016 yang menunjukkan isyarat bahawa ekonomi dipengaruhi oleh musim dan juga gempa bumi. Hal ini telah mengurangkan momentum negara perindustrian yang paling pesat membangun ini.

Pertumbuhan ekonomi (GDP) meningkat 0.4% pada tempoh tersebut berbanding suku ketiga yang mencatatkan bacaan lebih tinggi iaitu 0.8% yang telah dikaji semula dari 1.1% yang dilaporkan sebelum ini.

Dari segi tahunan, GDP (KDNK, keluaran dalam negara kasar) berkembang 2.7% berbanding 3.3% dari tahun ke tahun pada suku ketiga.

Kedua-dua bacaan ini jauh lebih rendah dari jangkaan. Pasaran menjangkakan pertumbuhan suku keempat berada pada 0.7% dengan bacaan tahunan pada 3.1%.

Walaupun data lemah pada suku keempat, ekonomi New Zealand telah berkembang pada 25 suku tahunan berturut-turut.

Sektor perkhidmatan terus memacu pertumbuhan ekonomi dengan perkhidmatan perniagaan meningkat mendadak kepada 1.7% yang mengimbangi kejatuhan dalam sektor pembuatan.

Penggunaan isirumah pula menyumbang secara positif kepada ekonomi, begitu juga pelaburan aset tetap. Walaubagaimanapun, eksport jatuh 3.8% berikutan penyusutan dalam eksport produk tenusu.

Data kali ini sudah tentu mengecewakan bank pusat berikutan mereka menjangkakan pertumbuhan di sekitar 1.0%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat