Ekonomi UK Catat Penguncupan Terbesar Pada Bulan April! Ini Rincian Yang Harus Diketahui!

362

Jabatan Perangkaan Negara UK mengeluarkan laporan bacaan KDNK pada bulan April pada hari ini. Bacaan ini menjadi tumpuan pasaran berikutan bagi melihat kesan penularan wabak Covid-19 terhadap ekonomi. Laporan menunjukkan bahawa KDNK (GDP) UK mencatatkan kejatuhan terbesar pada bulan April.

Bacaan KDNK jatuh sebanyak 20.4% berbanding bulan sebelumnya,penguncupan yang lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis yang mensasarkan bahawa ekonomi akan menguncup sebanyak 18.4% sahaja. Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa KDNK jatuh sebayak 24.5% berbanding tahun sebelumnya pada bulan April.

Penularan wabak Covid-19 telah menghambat perkembangan ekonomi. Pada 23 Mac yang lalu UK telah mengenakan perintah berkurung dan menutup kebanyakkan sektor ekonomi sebagai langkah untuk menghambat penularan wabak. Sehingga Jumaat pagi hari ini, sebanyak 292,860 telah disahkan postif jangkitan wabak berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins. Walaubagaimanapun, kes jangkitan telah mula berkurang pada bulan Mei namun sebahagian besar sektor ekonomi UK terhenti sepanjang bulan April.

Menurut penganalisis, bacaan KDNK suku pertama hanya mencatatkan kesan penularan wabak terhadap ekonomi untuk beberapa minggu. Walaubagaimanapun KDNK suku kedua akan menjadi indikasi utama dalam melihat kesan pandemik terhadap ekonomi.

Penganalisis juga berpendapat bahawa ekonomi akan mula pulih secara bertahap dengan langkah penjarakkan sosial dan pembukaan perniagaan yang diterapkan pada bulan Mei.

Matawang Sterling sedikit susut susulan laporan KDNK dikeluarkan dengan penyusutan sebanyak 0.15% kepada bacaan paras 1.2584.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat