Ekonomi US Terus Kukuh, Bidang Ekonomi Mendapat Pujian Yellen

37

Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen memuji pengajian bidang ekonomi dalam ucapannya dihadapan pensyarah-pensyarah ekonomi di Washington D.C semalam.

Yellen yang telah mengetuai The Fed sejak tiga tahun lalu, mengatakan pengajian dalam bidang ekonomi membantu pelajar dalam menguruskan kewangan peribadi dan memberikan mereka kemahiran analitik yang diperlukan dalam pekerjaan dan kehidupan. Dalam ucapannya, tiada sebarang komen spesifik tentang ekonomi US dan polisi monetari yang akan digunakan di masa hadapan.

Namun begitu, dari segi ekonomi secara keseluruhan, beliau mengatakan ekonomi sedang berada dalam keadaan baik dan tidak menghadapi sebarang masalah yang besar dengan pasaran pekerjaan US terus mengukuh.

Pengerusi The Fed dalam FOMC (Federal Open Market Committee) bertanggungjawab, untuk menetapkan polisi monetari di US. The Fed sebelum ini melalui FOMC pada 14 Disember telah menaikkan kadar ‘Fed Fund Rate’ sebanyak 25 mata asas kepada 0.75% dari 0.50% sebelum itu. Ketika ini pasaran sedang mengikuti tren ekonomi terkini untuk menjangka bilakah kadar akan dinaikkan lagi tahun ini.

Mesyuarat bagi penetapan kadar selepas ini akan berlangsung  pada 31 Januari-1 Februari iaitu mesyuarat yang pertama pada 2017. Pasaran menjangka tiada perubahan kepada polisi monetari semasa mesyuarat itu nanti, dan mesyuarat kedua tahun ini sebagai potensi yang terdekat kepada kenaikan kadar dengan jangkaan tiga kali kenaikan pada 2017.

Mesyuarat The Fed pada 31 Januari ini, dijangka akan menjadi medan bagi FOMC membincangkan polisi pentadbiran Trump khususnya rangsangan fiskal yang dijanjikan beliau sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat