Eksport Amerika ke China Jatuh 17.1% Pada April

510

Industri perdagangan di Amerika Syarikat pada bulan April apabila merekodkan defisit perdagangan yang semakin berkurangan dalam data imbangan perdagangan (trade balance) yang dikeluarkan pada Rabu. Defisit perdagangan mencecah paras terendah tujuh bulan yang lalu dengan peningkatan eksport ke paras tertinggi.

Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade defisit (defisit dagangan).

Jabatan perdagangan berkata defisit berkurangan ke paras $46.2 billion iaitu yang terendah sejak September. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah defisit sebanyak $49 billion.

Eksport barangan dan perkhidmatan meningkat 0.3% ke paras $211.2 billion, walaubagaimanapun eksport ke China susut 17.1% pada April. Import pula merosot 0.2% kepada $257.4 billion di mana import dari China kekal pada tempoh sama.

Kejatuhan eksport ke China dilihat satu petanda buruk yang berpotensi disebabkan ketegangan antara kedua kuasa ekonomi itu. Hal ini telah menyebabkan US dollar melemah selepas data ini dikeluarkan.

Imbangan Perdagangan Kanada Semakin Baik

Eksport Kanada meningkat ke paras tertinggi pada April walaupun dengan ketidaktentuan perdagangan global yang dibawa oleh Amerika Syarikat. Kanada berjaya mengurangkan defisit perdagangan ke paras terendah enam bulan yang lalu.

Defisit jatuh ke paras C$1.90 billion dari C$3.93 billion pada Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat