Eksport Disekat, Australia Bakal Adakan Rundingan Perdagangan Bersama China?

363

Menteri perdagangan Australia, Sirmon Birmingham sedang mencari jalan penyelesaian segera dengan China setelah eksport pertanian utamanya disekat dan berhadapan dengan ancaman cukai. Seterusnya, Sirmon telah mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon bersama menteri perdagangan China, Zhong Shan setelah 4 pengeksport daging lembu terbesar mereka disekat oleh pihak berkuasa negara kuasa besar itu.

Sekatan tersebut dijalankan selepas beberapa hari China mengumumkan cukai baru yang bakal dikenakan untuk penghantaran barli Australia hingga 80%. Hal ini didorong oleh desakan Australia berkenaan penyiasatan terhadap wabak coronavirus yang terjadi di China.

Untuk pengetahuan semua, China merupakan rakan perdagangan terbesar Australia, telah menolak penyiasatan tersebut dan menyifatkannya sebagai perkara yang tidak mempunyai kaitan.

Menurut Sirmon, sekatan terhadap daging lembu itu dikaitkan dengan isu pelabelan dan sijil kesihatan, sementara cukai barli pula adalah berkaitan dengan kes anti-lambakan.

Akan tetapi, berdasarkan sebuah laporan, tindakan tersebut diambil oleh China gara-gara siasatan COVID-19 dan keputusan Australia untuk melarang penglibatan syarikat teknologi China iaitu Huawei daripada pembangunan rangkaian 5Gnya.

Pada bulan lalu, duta besar China di Australia, Cheng Jingye telah memberi amaran bahawa pengguna China akan memboikot produk Australia sekiranya Australia meneruskan siasatan mengenai coronavirus.

Meskipun begitu, pada hari ini, Australia tetap bertegas akan terus menyokong siasatan antarabangsa berkenaan wabak berbahaya itu.

Menurut jurucakap kementerian luar negeri China, Zhao Lijian mendedahkan bahawa agensi kastam negara itu telah mendapati terjadinya isu pelanggaran undang-undang secara berulang kali oleh syarikat daging lembu Australia yang dilarang dan import terpaksa ditangguhkan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pengguna China terjamin.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat