Eksport Minyak Sawit Malaysia Ke Afrika Bakal Meningkat Tahun Ini!

549

Menurut 3XG UK Consulting Limited, eksport minyak sawit mentah Malaysia (CPO) ke benua Afrika dijangka meningkat kepada kira-kira 9 juta tan pada tahun ini, berbanding 6 juta tan sepanjang tahun yang lalu.

Dalam sebuah kenyataan, pengasas dan ketua strategi, Abah Ofon mendedahkan bahawa permintaan telah meningkat kerana minyak tersebut digunakan secara meluas terutamanya dalam pemprosessan makanan.

Selain itu, Afrika menyumbang sekitar 12 hingga 13% dari penggunaan CPO global manakala sebanyak 4% disumbangkan kepada output CPO global. Oleh itu, ianya memberikan peluang yang cerah buat para pelabur Afrika, begitu juga dengan pengeluar ASEAN (CPO) yang ingin memanfaatkan pasaran Afrika. Kenya, Tanzania, Ghana, Ethiopia, Djibouti, adalah antara pasaran CPO yang sedang berkembang di Afrika.

Tambahan daripada itu, Malaysia kini dilihat mampu mengatasi Indonesia sebagai pengeksport minyak sawit terbesar ke Afrika kerana data awal menunjukkan eksport dari Indonesia ke Afrika telah mengalami penurunan mendadak baru-baru ini.

Namun, Thomas Mielke, pengarah eksekutif ISTA Mielke GmbH (Oil World), meramalkan bahawa penggunaan minyak sawit global akan menurun pada tahun ini yang didorong oleh kemelesetan ekonomi berpunca daripada penularan wabak COVID-19 hingga menyebabkan pengurangan permintaan terhadap minyak tersebut.

Di samping itu, penggunaan minyak sawit didakwa akan menurun sebanyak 2.2 juta tan atau sekitar 3% berbanding tahun lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat