Elon Musk Bakal Jadikan DOGE Mata Wang Rasmi Twitter!

183

Spekulasi berkaitan potensi Dogecoin (DOGE) menjadi mata wang rasmi Twitter wujud selepas perbincangan pengambilalihan Twitter Elon Musk muncul semula termasuk hubungan rapat beliau bersama projek DOGE.

Diperjelaskan, DOGE merupakan memecoin terbesar dalam pasaran kripto kerana mempunyai had pasaran semasa sebanyak $8.58 bilion.

Malah harga DOGE sentiasa melonjak tinggi setiap kali Musk menyebut tentang memecoin tersebut di Twitter miliknya.

Kini harga DOGE sekali lagi meningkat sebanyak 6.65% iaitu berada pada paras harga $0.06558 sejurus selepas Musk mengambil alih Twitter.

Menurut laporan Bloomberg, harga saham Twitter meningkat sebanyak 12.67% selepas jutawan itu membuat cadangan untuk membeli Twitter pada harga tawaran asal $54.20 sesaham.

Rentetan itu komuniti DOGE meluahkan perasaan terujanya manakala seorang peminat Twitter bernama tunez.eth bertanya sama ada DOGE dapat menjadi mata wang kripto rasmi platform tersebut.

Namun menjadikan DOGE mata wang asli Twitter masih tidak pasti lagi ekoran cadangan tersebut muncul disebabkan pertempuran undang-undang berkaitan bantahan Musk terhadap akaun bot Twitter.

Musk menghentikan perjanjian pemgambilalihan Twitter pada Mei tahun ini disebabkan isu spam serta akaun palsu.

Oleh demikian, perjanjian $44 bilion telah ditangguhkan sementara beliau menekankan keperluan untuk membuang bot spam daripada platform media sosial itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat