Lonjakan Bukan Kepalang, Saham Twitter Mengganas Selepas 6 Bulan!

121

‘Kena paksa teruskan pembelian, dekat mana agaknya Elon Musk nak cekau duit?’

Kontroversi pemerolehan antara Twitter Inc dan Elon Musk mencapai ‘klimaks’ baru dengan jutawan itu bersetuju untuk meneruskan pembelian bernilai $44 bilion yang dibuat pada April lalu.

Berita tersebut secara tidak langsung membuatkan saham Twitter melonjak 22% pada $52 buat kali pertama dalam tempoh 6 bulan.

Saham Tesla Inc yang dimiliki Elon Musk pula menyaksikan penurunan dari $257.50 kepada $249.44 selepas berita mengenai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) itu akan meneruskan pemerolehan tersebut.

Melihat kepada data keluaran Refinitiv, sebanyak $27 bilion saham Tesla ditukar iaitu perolehan tertinggi syarikat kereta elekrik tersebut sejak pertengahan Ogos lalu.

Sebagai konteks, Musk pertama kali melancarkan bidaan $44 bilion untuk membeli Twitter pada April lalu sebelum menangguhkannya beberapa kali dan menamatkan perjanjian selepas tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima.

Perkara tersebut telah di bawa ke mahkamah dan hakim dilihat memihak kepada Twitter sehingga Musk dipaksa untuk meneruskan pembelian beliau.

Dalam pada itu, penganalisis berpendapat saham Tesla mungkin berada dalam tekanan dengan berita Musk terpaksa meneruskan pembelian beliau.

Hal ini kerana Musk perlu menjual sejumlah pegangannya bagi menampung pembelian $44 bilion Twitter tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat