Elon Musk Disiasat SEC, Dogecoin OK Ke Tu?

2,550

Terlalu obses dengan Dogecoin (DOGE), kini Elon Musk dikejar Securities and Exchange Commission (SEC) kerana dituduh telah memanipulasi harga DOGE.

Walaupun masih belum disahkan khabar itu, pengasas Tesla dan jutawan itu dilihat tidak gentar untuk berhadapan dengan SEC. Sebaliknya, Musk merasakan ia akan menjadi satu perkara yang menarik.

Sedia maklum, Musk begitu gemarkan matawang shiba inu itu sehingga setiap kicauannya di laman media sosial, Twitter mampu membawa harga DOGE melonjak ke paras tertinggi.

Malah, figura itu juga mengaku ada membuat pembelian beberapa DOGE untuk anaknya, X Æ A-Xii pada 10 Februari, mendorong harga DOGE melonjak lebih 13%.

Mungkin matawang ini bermula sebagai meme tetapi tiada siapa dapat menyangkal kehebatannya yang kini berjaya meraihkan nilai pasaran lebih $6 bilion!

Ini bukanlah perkara yang baru buat Musk kerana sudah berkali-kali SEC menfailkan saman terhadapnya. Pada 2018, SEC telah menyaman Musk kerana tweetnya yang berkait dengan Tesla dianggap terlalu exaggerate.

Bagaimanapun, isu itu akhirnya dapat diselesaikan secara baik dengan Musk bersetuju untuk turun dari jawatannya sebagai pengerusi lembaga dan termasuk Tesla, masing-masing diminta membayar penalti bernilai $20 juta.

Berbalik kepada isu Dogecoin, secara umumnya tweet Musk jelas tidak melanggar undang-undang sama ada dia memiliki atau tidak memiliki DOGE kerana matawang ini tidak berada di bawah kawalan kerajaan.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.05, susut lebih 10% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat