Elon Musk Jadi Orang Pertama Dunia Dalam Sejarah Catat Kerugian Lebih RM800 bilion!

532

Elon Musk yang merupakan manusia terkaya di dunia sebelum dan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Tesla, dan SpaceX, telah menjadi orang pertama dalam sejarah manusia yang kerugian $200 bilion daripada nilai bersihnya.

Berdasarkan laporan, pemilik witter itu mengalami kerugian besar dengan kekayaannya merosot kepada $137 bilion selepas saham Tesla merosot 66 peratus sejak setahun lalu. Ia prestasi terburuk pengeluar kereta elektrik itu setakat ini.

Penurunan mendadak dalam harga saham Tesla dikaitkan dengan tindakan Elon Musk mengambil alih Twitter serta kekangan rantaian bekalan di China yang diburukkan lagi oleh perang Rusia-Ukraine.

Kekayaan bersih semasa Elon Musk pada ketika ini ialah sebanyak $137 bilion dan menduduki tempat kedua dalam carta orang terkaya dunia. Musk memiliki sekitar 25% pegangan saham daripada Tesla melalui saham dan opsyen namun telah mencagarkan lebih separuh daripada sahamnya sebagai jaminan untuk pinjaman.

Pada 4 November 2021, kekayaan Elon telah memuncak kepada $340 bilion dan kekal menjadi orang terkaya di dunia sehinggalah ia diatasi oleh Bernard Arnault, usahawan Perancis di sebalik gergasi barangan mewah LVMH.

Penurunan saham Tesla termasuk kemerosotan 11 peratus lagi pada Selasa lalu selepas berikutan lonjakan kes Covid-19 yang memaksa Tesla untuk menghentikan pengeluaran di Shanghai secara sementara.

Berikutan pendedahan ini, Tesla telah mengumumkan pengurangan harga dalam beberapa modelnya, termasuk diskaun $7,500 untuk Model 3 dan Model Y.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat