Elon Musk Kata Twitter Tak Ada Duit, Beban Hutang Besar

537

Elon Musk mendedahkan bahawa Twitter telah kehilangan hampir separuh daripada hasil pengiklanannya sejak ia diambil alih pada Oktober lalu.

Membalas kepada satu tweet mengenai cadangan permodalan semula, beliau berkata aliran tunai Twitter masih kekal negatif disebabkan kejatuhan dalam hasil pengiklanan dan beban hutang yang banyak.

Dalam tweet berasingan, Musk turut mengatakan rangkaian media sosial itu tidak melihat keuntungan dalam hasil iklan yang dijangka pada bulan Jun, tetapi terdapat sedikit harapan pada Julai.

Ekoran daripada itu, dapat disimpulkan bahawa langkah pemotongan kos yang agresif sejak beliau mengambil alih Twitter tidak mencukupi untuk aliran tunainya kembali positif.

Selepas memecat beribu-ribu pekerja dan memotong bil perkhidmatan cloud, Musk berkata syarikat itu telah mengurangkan perbelanjaan bukan hutangnya kepada $1.5 bilion daripada unjuran $4.5 bilion pada 2023.

Bukan itu sahaja, Twitter juga menghadapi pembayaran faedah tahunan kira-kira $1.5 bilion akibat daripada hutang yang diambilnya dalam perjanjian $44 bilion yang menjadikan syarikat itu persendirian.

Pada Mei lalu, Musk telah melantik Linda Yaccarino sebagai ketua pegawai eksekutif Twitter yang baharu.

Yaccarino memberitahu pelabur bahawa syarikat itu merancang untuk menumpukan pada perkongsian video, pencipta dan perdagangan dan sedang dalam perbincangan awal dengan tokoh politik dan hiburan, perkhidmatan pembayaran serta penerbit berita dan media.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat