Elon Musk Kini Jadi ‘Anak Emas’ Jerman!

688

CEO Tesla, Elon Musk telah diberitahu oleh menteri ekonomi Jerman bahawa beliau boleh memiliki apa sahaja yang diperlukan untuk kilang pembuatan kenderaan elektrik baharunya di Berlin.

Menurut Peter Altmaier, mereka amat berbangga dengan kilang kereta yang terletak di Brandenburg serta mengucapkan semoga berjaya kepada usahawan terkemuka itu. Selain itu, menteri tersebut mendedahkan bahawa Elon Musk boleh mendapatkan sebarang bantuan yang diperlukan bagi kilangnya itu.

Walau bagaimanapun, kedua-dua belah pihak, Tesla dan pemerintah Jerman tidak mahu memberikan apa-apa maklum balas berkenaan isu tersebut.

Sebelum ini, Tesla telah mengumumkan kilang baharunya yang dikenali sebagai Gigafactory pada bulan November dan ia sedang dalam pembinaan. Selain itu, kilang tersebut merupakan kilang Eropah pertama syarikat berkenaan, dan yang keempat di seluruh dunia. Gigafactory yang asalnya terletak di Nevada dan 2 lagi di Buffalo, New York, dan Shanghai, China. Manakala “Cybertruck Gigafactory” kelima dirancang untuk dibina di Texas.

Di samping itu, kilang Jerman tersebut terletak sekitar 20 batu di sebelah tenggara Berlin di bandar Brandenburg di Gruenheide. Ianya dapat memenuhi kapasiti 12,000 orang dan mampu membangunkan hingga 500,000 kenderaan setahun. Pengeluaran dijadualkan bermula pada musim panas 2021.

Semasa di Berlin, Elon Musk dikhabarkan telah bertemu dengan perdana menteri Brandenburg, Dietmar Woidke. Dalam sebuah kenyataan, pemimpin tersebut telah menyatakan bahawa pertemuan tersebut sangat menyenangkan dan mempunyai fokus yang jelas. Tambahnya lagi, jutawan terkemuka dunia itu sangat teliti dan menerangkan semua perincian berkenaan Gigafactory Gruenheide dengan jelas.

Semetara itu, usaha pembangunan kilang tersebut terpaksa diberhentikan pada Februari lalu kerana aktivis alam sekitar menzahirkan kebimbangan terhadap rancangan Tesla yang akan menebang pokok untuk membersihkan tanah bagi proses penanaman baru. Namun, badan pemerintah daerah yang mengawasi lokasi berkenaan telah memberikan izin untuk membersihkan laman seluas 91 hektar.

Sejak Selasa yang lalu, Elon Musk telah berkunjung ke Jerman. Sepanjang berada di sana, beliau telah mengadakan lawatan ke firma pembangunan vaksin CureVac di Tubingen sebelum meneruskan perjalanan ke Berlin. Hal ini demikian kerana Tesla juga terlibat dalam pembangunan vaksin tersebut dengan membantu CureVac untuk membina pencetak molekul mudah alih yang dapat menyokong pengembangan vaksin coronavirus yang berpotensi.

Tambahan daripada itu, beliau turut bertemu dengan Menteri Kesihatan Jens Spahn, Menteri Penyelidikan Anja Karliczek, dan pemimpin puak CDU Ralph Brinkhaus. Melalui pertemuan tersebut, beliau telah mengadakan perbincangan berkenaan kerjasama antara syarikat pembuat kereta itu dan Curevac, serta kilang kereta yang dirancang untuk dibangunkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat