Elon Musk Tak Suka Metaverse, Lebih Yakin Dengan Neuralink

4,426

Komuniti kripto dan internet teruja dengan Web 3.0 tetapi tidak pengasas Tesla, Elon Musk.

Dalam temu bual bersama The Babylon Bee, menyentuh topik metaverse dan realiti maya (VR), Musk memberitahu sukar untuk dia gambarkan manusia ‘meninggalkan’ dunia fizikal untuk ‘menetap’ di dunia maya.

Jelasnya, penggunaan headsets VR bukanlah pengalaman yang menarik kerana peranti itu berupaya mencetuskan kemabukan ketika bermain permainan video atau motion sickness:

“Metaverse atau Web3 kedengaran lebih kepada permasaran (marketing) berbanding realiti.”

Tetapi Neuralink, tidak:

Untuk jangka masa panjang, Neuralink meletakkan anda sepenuhnya di dalam realiti maya, jauh berbeza dengan metaverse.

Sebenarnya Neuralink, sebuah syarikat neuroteknologi yang menfokuskan pengimplantasi cip di dalam otak dan ianya telah diperkenalkan oleh Musk pada April 2021:

Melalui kaedah tersebut, Neuralink mampu memulihkan dan meningkatkan keupayaan fizikal menerusi komputer.

Musk juga yakin tidak ramai yang selesa untuk bergerak menggunakan headsets VR tanpa benar-benar bergerak.

Lagi pula penggunaan VR terlalu dekat dengan organ mata:“Bukankah ia akan merosakkan pandangan anda? TV yang ada di depan mata pun, adakah ianya bagus untuk anda?”

Betul juga tu, Musk. Teringat dulu masa kecil mak ayah selalu marah bila tengok TV dekat-dekat.

Kalian juga boleh tonton video berkaitan Neuralink dan Elon Musk di bawah:

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat