Elon Musk The Flash! Berjaya Pintas Bill Gates, Tesla Raih Keuntungan Hampir 500%

2,516

Elon Musk lagi sekali mengaut tuah apabila saham Tesla pada Isnin mencatatkan lonjakan sehingga 6%, menghampiri nilai pasaran $500 bilion.

Lonjakan tersebut secara tidak langsung menambah keuntungan sebanyak 27% sejak minggu lalu ekoran daripada pengumuman penyertaan firma itu dalam S&P 500 Index.

Menariknya lagi, Musk yang baru sahaja memintas kekayaan Mark Zuckerberg pada minggu lalu kini berjaya merampas kedudukan Bill Gates sebagai individu kedua terkaya dunia dengan keuntungan mencecah $128 bilion.

Rekod Bloomberg Billionares Index menunjukkan nilai bersih Musk ditambah sehingga $100.3 bilion hanya dalam tempoh tahun ini sahaja.

Setakat ini, 2020 merupakan tahun bertuah bagi Tesla dengan lonjakan sekitar 500%, menjadikan pengeluar kenderaan paling bernilai di dunia walaupun kadar pengeluarannya lebih rendah berbanding Toyota, Volkswagen atau General Motors.

Tesla kini bernilai $491 bilion, menjadi firma ketujuh paling bernilai di Wall Street, meninggalkan Walmart dan Visa, beberapa tapak di belakang Berkshire Hathaway.

Tidak mustahillah Musk dihujani dolar kerana tiga suku keuntungan bersihnya merangkumi saham Tesla yang mana empat kali lebih bernilai dari pelaburan dalam SpaceX.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat