Tuah Tesla Sertai S&P 500, Elon Musk Catat Kekayaan Lebih Tinggi Dari Mark Zuckerberg

506

Pengasas Tesla, Elon Musk sekali lagi memijak tuah, diumumkan Bloomberg Billionaires Index sebagai individu ketiga terkaya di dunia.

Figura yang berusia 49 tahun itu berjaya memintas pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang memiliki kekayaan bernilai $106 bilion dengan jumlah aset terkini bernilai $117.5 bilion.

Rupanya, lonjakan 13% saham Tesla susulan daripada pengumuman pernyertaan S&P 500 Index membawa keuntungan Musk meningkat dari nilai sebelumnya, $15 bilion.

Sedia maklum Musk memiliki 20% saham Tesla dan pada masa yang sama merupakan pengasas SpaceX, berjaya mencatat rekod keuntungan sekitar $90 bilion hanya dalam 2020! Ia merupakan rekod terbesar dalam senarai 500 individu terkaya dunia.

Dilaporkan Tesla akan menyertai S&P 500 pada 21 Disember akan datang, merupakan kemasukan baru terbesar dalam sejarah.

Tuah Musk pada minggu ini bertimpa-timpa bermula dengan kejayaan pasukan SpaceX dalam pelancaran kapal angkasa pertama pada Isnin menerusi kicauan di laman Twitternya.

Musk kini berhadapan dengan individu pertama terkaya dunia, pengasas Amazon, Jeff Bezos ($184 bilion) dan kedua, pengasas bersama Microsoft, Bill Gates ($129 bilion) sebelum melompat menggantikan kedudukan Bezos.

Sebelum ini Musk mendakwa dirinya 50% positif dan 50% negatif COVID-19 selepas menjalani empat ujian saringan yang dijalankan pada minggu lepas.

Saham Tesla mencatatkan lonjakan 10.20% kepada $486 bilion dan ditutup rendah pada nilai $481.99.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat