Elrond (ELGD) Pamer Aksi Meyakinkan Catat ATH Terbaru Berturut-turut!

246

Meninjau kripto yang berpotensi dalam pasaran, Elrond merupakan kripto yang bertujuan untuk menawarkan kelajuan transaksi pantas dengan menggunakan teknik sharding.

Dapat diperhatikan, pergerakan semasa Elrond telah berjaya mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru $295.80 dengan menghasilkan 124% lonjakan pada sesi dagangan bulan September.

Terbaru, KuCoin telah menyenaraikan token EGLD dan mengumumkan strategi integrasi yang membolehkan penyenaraian token Elrond ESDT.

Sementara itu, teliti carta pergerakan semasa harga EGLD/USDT.

Sewaktu artikel analisa EGLD dikeluarkan pada Jun lalu, EGLD didagangkan pada paras harga $77, secara konsistennya EGLD telah melonjak 459% mencapai ATH terbaru.

Bagi sudut teknikal, pergerakan harga dilihat masih kekal dengan trend bullish dan sedang berusaha kembali untuk menuju ke zon resistance $280.

Sekiranya pergerakan harga kekal dengan trend bullish, zon resistance $280 tersebut perlu diuji terlebih dahulu sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi dan seterusnya membuat ATH terbaru.

Namun, sekiranya pergerakan harga kembali menunjukkan trend bearish, zon RBS (resistance become support) $240 bakal diuji terlebih dahulu samada membuat rebound atau membuat penurunan yang lebih rendah.

Setakat jam 11.33 pagi waktu tempatan, harga ELGD melonjak sekitar 3% dalam tempoh 24 jam untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $273.

Lihat gambar carta matawang kripto EGLD/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat