EGLD – Rangkaian Yang Mampu Capai Transaksi Lebih Pantas

168

Elrond adalah protokol blockchain yang bertujuan untuk menawarkan kelajuan transaksi yang sangat pantas dengan menggunakan sharding.

Pembangunan Elrond ditubuhkan oleh Beniamin dan Lucian Mincu serta Lucian Todea pada tahun 2017 sebagai penyelesaian kepada masalah skalabiliti blockchain.

Namun Elrond diumumkan secara rasminya pada Ogos 2019 dan telah melancarkan mainnet mereka pada Julai 2020.

Beniamin yang bertanggungjawab sebagai CEO kepada Elrond menyatakan bahawa platform pelaksanaan Elrond mampu mencapai 15,000 transaksi sesaat (TPS) dengan bayaran transaksi yang rendah sekitar hanya $0.001 per transaksi.

Elrond juga menggambarkan pembangunan yang dilakukan sebagai aplikasi desentralisasi dan platform blockchain untuk ekonomi internet yang baharu.

Pengasas bersama Elrond sentiasa komited serta berusaha dalam membangunkan ekosistemnya dan ingin menjadikan token eGold atau EGLD sebagai aset simpanan.

Dapat diperhatikan pada carta EGLD/USDT, pergerakan harga EGLD pernah mempamerkan kenaikan melebihi 800% sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang terbaru di paras harga $245 pada 12 April.

Namun menjelang penghujung April dan menyambung ke pasaran Mei dan Jun, pergerakan harga EGLD terus membuat rentak penurunan sehingga menguji paras sokongan $77.

Corak pergerakan harga EGLD kelihatan masih lagi dalam trend bearish dan penganalisis menjangkakan berkemungkinan harga EGLD bakal menembusi paras sokongan $77 untuk terus menyambung lagi rentak penurunan.

Penurunan dijangka bakal menguji paras sokongan terendah sekitar $55 dan mungkin bakal menjadi paras untuk menyokong semula lonjakan harga atau terus membuat penurunan yang lebih rendah.

Jika penurunan harga terus berlaku, paras pembukaan pasaran 2021 di paras harga sekitar $30-$40 bakal menjadi paras tumpuan untuk diuji.

Sekiranya pergerakan kembali memberi isyarat untuk membuat lonjakan harga, trendline resistance bakal ditembusi terlebih dahulu sebagai petunjuk awal sebelum menuju ke zon SBR (support become resistance) sekitar paras harga $95.

Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga ELGD terus menyusut sekitar 4% dalam tempoh 24 jam untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $77.

Lihat gambar carta matawang kripto EGLD/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

EGLD – Rangkaian Yang Mampu Capai Transaksi Lebih Pantas

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat