Emas meningkat lebih 1.80% pada penghujung dagangan Isnin melepasi paras $2,600 selepas jatuh enam hari berturut-turut pada minggu lepas.
Peningkatan konflik Rusia-Ukraine dan kejatuhan dolar AS membuka laluan yang lebih luas buat emas mendaki lebih tinggi.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $2,613.25 iaitu naik 0.04% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Sementara itu, pasaran saham Amerika Syarikat bercampur-campur apabila dua daripada empat indeks gergasi sahaja yang meraih keuntungan.
Konflik geopolitik terus memacu kedudukan logam kuning selepas serangan besar-besaran Rusia ke atas Ukraine yang mencetuskan reaksi pentadbiran White House.
Baru-baru ini, pegawai AS mendedahkan bahawa Presiden Joe Biden meluluskan penggunaan peluru berpandu jarak jauh kepada Ukraine buat serangan ke atas Rusia.
Keputusan itu juga turut didorong apabila tindakan Korea Utara menghantar beribu-ribu tentera Korea Utara yang memberi sokongan buat Rusia.
Selain itu, kemenangan Donald Trump yang memberi sokongan buat mata wang USD berikutan kebimbangan tarif tinggi dan cukai yang rendah dilihat sebagai pemacu inflasi yang mungkin memperlahankan kitaran pelonggaran dasar Fed.
Fed dijangka menurunkan kos pinjaman untuk mesyuarat ketiga berturut-turut pada bulan Disember. Namun begitu, data baru-baru ini telah menyaksikan pelabur mengurangkan kemungkinan daripada 82% peluang pemotongan 25 mata asas kepada 62%.
Menjelang minggu ini, jadual ekonomi AS akan menampilkan data perumahan, Tuntutan Pengangguran Permulaan, S&P Global Flash PMI dan bacaan akhir Sentimen Pengguna Universiti Michigan (UoM) untuk November.