Emas Berdesup Meroket Selepas Mesyuarat FOMC!

781
  • Emas canak lebih 1% susulan keputusan Fed
  • Capai puncak ketinggian 9 bulan baharu
  • Emas manfaatkan kenyataan dovish Fed dan junaman USD

Harga emas mencanak ke puncak ketinggian 9 bulan terbaru pada hari Khamis setelah kenyataan Federal Reserve (Fed) yang dovish membenam US dolar lebih rendah.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diniagakan kukuh sekitar harga $1,952 per auns, susut sedikit dari puncak $1,957 yang dicapainya pada awal sesi.

Federal Reserve telah memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dan mengatakan kenaikan berterusan mungkin diperlukan untuk mengembalikan inflasi ke sasaran 2%.

Namun, pelabur lebih memberi tumpuan kepada isyarat yang diberikan Pengerusi Jerome Powell, di mana beliau berkata proses disinflasi (inflasi menurun) telah bermula.

Powell juga mengatakan bank pusat itu tidak mahukan pengetatan yang berlebihan, memberi petanda bahawa kenaikan kadar seterusnya akan kekal perlahan.

Harga emas yang pada mulanya merosot rendah, kembali melantun apabila dagangan US dolar tergelincir ke paras terendah berbanding pesaing utamanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat