Akhirnya, Fed Berubah Dovish! Kadar Faedah Naik 25 Mata Asas

561

Seperti dijangkakan pasaran secara meluas, Federal Reserve (Fed) memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.75% pada mesyuarat polisi Februari 2023.

Kenyataan susulan daripada Pengerusi Fed Jerome Powell juga bernada dovish, di mana bank pusat itu melihat inflasi telah mula menurun (disinflasi).

Berikut merupakan kunci utama yang diambil daripada mesyuarat tersebut:

  • Data inflasi sejak 3 bulan lalu menunjukkan penurunan yang diharapkan, tetapi Fed masih perlukan lebih banyak bukti bahawa ia berada pada laluan menurun yang berterusan.
  • Powell akui bahawa proses disinflasi telah bermula.
  • Bank pusat tidak mahu pengetatan dasar yang berlebihan.
  • Namun, masih awal untuk menganggap Fed telah menang dalam perangi inflasi.
  • Penggubal dasar melihat kenaikan kadar yang perlahan perlu diteruskan.
  • Tidak sesuai untuk Fed mengurangkan kadar tahun ini mengikut pandangan semasa, tetapi tak mustahil untuk melaksanakannya jika inflasi turun lebih pantas.
  • Powell menilai pertumbuhan positif akan berterusan tapi pada kadar perlahan dengan pasaran pekerjaan kekal kukuh.

Rentetan daripada keputusan dan kenyataan tersebut, terbukti bahawa pendirian bank pusat Amerika Syarikat telah beralih ke arah dovish.

Pun begitu, bank pusat itu masih meneguhkan pendirian kepada usaha memerangi inflasi menandakan bahawa kenaikan kadar akan diteruskan bergantung kepada data ekonomi yang akan masuk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat