Emas Bergelut dengan Pengukuhan Matawang Gergasi dalam Sesi Eropah!

43

Harga emas bergelut di paras terendah dalam tempoh 11 bulan pada minggu lepas pada Rabu selepas pengukuhan US Dollar ekoran kenaikan kadar oleh Fed.

Emas bagi penghantaran Februari di Comex meningkat sebanyak 0.15 peratus kepada $1,135.35 satu troy ounce selepas jatuh sebanyak 0.8 peratus dalam sesi Asia.

Harga logam ini juga telah tenggelam minggu lepas ke paras terburuk sejak 2 Februari lalu.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain kali terakhir dinilai pada 103.21. Index ini telah meningkat setinggi 103.62, paras paling kukuh sejak Disember 2002.

Sejak pilihanraya lalu, matawang ini telah meningkat hampir 6 peratus berikutan prospek pertumbuhan ekonomi AS yang lebih tinggi di bawah pemerintahan presiden Trump.

US Dollar yang mengukuh biasanya menenggelamkan emas kerana peningkatan US Dollar menyebabkan komoditi tersebut dinilai lebih mahal berbanding matawang lain.

Juga di Comex, komoditi silver dicatat menurun sebanyak 1.5 sen sementara copper melonjak sebanyak 0.2 sen.

Langkah Mengepam Masuk Wang ke dalam Ekonomi Sejak tahun 2015 oleh ECB dianggap Gagal! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat