Emas dalam percubaan memulih semula selepas tewas pada minggu lepas berikutan pengukuhan dolar AS yang mampu memberi tekanan berterusan.
Tarikan tinggi semasa kemenangan Donald Trump terus memberi tekanan buat emas serta jangkaan kenaikan semula inflasi yang lebih tinggi pada tahun depan disebabkan dasar-dasar yang menyebabkan pengurangan kadar seterusnya berkurangan.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $2,594.22 iaitu bangkit 1.22% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Selain itu, peserta pasaran kini mengurangkan jangkaan untuk pemotongan kadar yang lebih rendah pada Disember selepas Jerome Powell berkata bank pusat AS tidak akan tergesa-gesa untuk pelonggaran dasar tersebut dan mengatakan ekonomi dalam keadaan baik.
Emas kini kekal rendah kerana pegangan aset semakin berkurangan.
Sementara itu, ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Timur Tengah dan Ukraine-Rusia yang berterusan mampu memberikan sedikit sokongan selamat buat emas.
Pentadbiran Joe Biden sebelum ini membenarkan Ukraine untuk menggunakan senjata AS dalam menyerang Rusia yang lari dari dasar utama Amerika Syarikat ke atas konflik tersebut.