Emas Dah Habis Naik Ke?

621

Harga emas sedikit lemah pada dagangan awal minggu ketika US dolar mencari kekuatan untuk bangkit semula.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan pada $1,907 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,909 per auns. 

Walaupun suram, namun logam kuning itu masih mempertahankan pengukuhannya pada paras tertinggi 8 bulan dengan tumpuan pelabur kini terarah kepada data inflasi pengeluar Amerika Syarikat pada sesi New York.

Indeks harga pengeluar (PPI) AS dijangka akan menunjukkan penurunan pada bulan Disember, mengesahkan bahawa tekanan harga di negara itu terus berkurangan.

Pada masa sama, tumpuan turut diberikan kepada data jualan runcit AS yang diramalkan menguncup lebih rendah pada bulan lalu, menandakan perbelanjaan semakin susut akibat kadar faedah yang meninggi menjejaskan kuasa beli.

Meskipun Federal Reserve (Fed) dijangkakan kurang hawkish, namun pelabur akan tetap meneliti data-data yang masuk bagi mendapatkan lebih banyak kejelasan tentang prestasi ekonomi terbesar dunia itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat