Emas Intai Peluang Untuk Naik Lagi

874

Logam berharga, emas didagangkan di bawah paras harga $1,800 per auns, selepas mengalami kejatuhan drastik pada sesi pasaran semalam didorong oleh kekuatan dagangan matawang US dolar.

Bagaimanapun, spot emas kekal diniagakan tinggi dengan berlegar di paras harga $1,799 per auns, sementara niaga hadapan emas pula menyusut sedikit pada $1,800.25 per auns pada awal pembukaan sesi Eropah hari ini.

Dolar greenback telah meraih pengukuhan berbanding sekumpulan matawang utama lain di tengah-tengah sentimen pasaran yang tidak menentu pada dagangan penghujung minggu.

Satu lagi lonjakan besar kes baru Covid-19 di Amerika Syarikat yang direkodkan melebihi 75,000 kes pada Khamis telah menyebabkan sentimen dalam pasaran kembali berisiko.

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 di beberapa negara lain juga semakin membimbangkan, di mana jumlah kes di India dan Brazil kini masing-masing telah mencecah 1 juta dan 2 juta kes.

Hal ini secara tidak langsung memberi sebab kepada pelabur supaya berwaspada dengan situasi semasa yang masih diancam oleh risiko Covid-19 dan terus mengukuhkan pegangan mereka terhadap aset safe-haven emas.

Dalam pada itu, pelabur turut memantau lebih dekat perkembangan hubungan AS-China yang semakin menegang. Terbaru, Washington dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan perjalanan ke atas beberapa pegawai China dan keluarga mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat