Emas Kecundang Dihentam Data NFP AS!

731

Pengukuhan tidak dijangka dalam data pekerjaan NFP Amerika Syarikat telah mendorong penyusutan dalam dagangan emas di tengah-tengah lonjakan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun.

Harga emas kembali berundur dari paras ketinggian satu bulan untuk didagangkan pada sekitar harga $1,775 per auns pada sesi dagangan Asia, selepas kehilangan lebih 1% pada akhir dagangan minggu lalu.

Pada Jumaat, pelabur telah diperlihatkan dengan pertambahan pekerjaan AS yang lebih tinggi sebanyak 528,000 pada bulan Julai, sementara kadar pengangguran menurun kepada 3.5% dan pertumbuhan upah pula lebih kukuh.

Ini sekali gus mendorong pelabur untuk kembali menjangkakan satu lagi kenaikan lebih agresif dalam kadar faedah sebanyak 75 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat polisi September.

Susulan itu, US dolar kembali bangkit dari paras terendah satu bulan untuk didagangkan lebih kukuh berbanding pesaing utamanya.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga meningkat semula untuk berada pada sekitar tahap 2.82% pada sesi Asia.

Emas yang sensitif dengan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat, merosot lebih rendah berikutan penerbitan data tersebut dan lonjakan US dolar dan hasil bon AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat