Emas Kekal Dalam Trend Mengukuh, Ada ‘Bau-Bau’ Bearish?

820

Emas meneruskan pergerakan pengukuhannya untuk sesi ketiga berturut-turut semalam sebelum tergelincir sedikit pada pembukaan pagi tadi. Jangkaan berlakunya penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) semakin berkurangan pada Jun.

Logam kuning itu mengekalkan kekuatannya walaupun data Indeks Harga Pengguna (CPI) dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) yang yang utuh pada Januari telah mendorong prospek data indeks harga Penggunaan Peribadi (PCE) teras yang berterusan.

Harga emas kini berada pada paras $2,018.84 iaitu naik sebanyak 0.04% berbanding ia ditutup pada Isnin.

Peserta pasaran yakin bahawa data PPI yang kurang ketara pada Januari menjadi punca kepada pengukuhan harga emas. Selain itu, penggubal dasar Fed menganggap kenaikan mengejut dalam data inflasi harga pengguna terkini sebagai ‘one-time blip’ serta menekankan aliran yang lebih panjang.

Presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic meramalkan bahawa kemajuan dalam ukuran asas inflasi memboleh Fed mula mengurangkan kadar faedah serta mengurangkan kos untuk pemegang aset seperti emas.

Sementara itu, Indeks Dolar (DXY) yang mengukur dolar AS berbanding enam mata wang utama berada dalam fasa pengukuhan dengan melantun semula ke tahap 104.10 di saat berlakunya ketidaktentuan berikutan minggu cuti penggal dalam ekonomi AS.

Minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) untuk dasar Januari yang akan dikeluarkan awal pagi Khamis. Minit FOMC akan memberikan penjelasan terperinci di sebalik mengekalkan kadar utama tidak berubah dan tinjauan baharu mengenai kadar faedah.

Selain itu, pelabur akan memberi tumpuan kepada PMI Pembuatan Global S&P awal untuk Februari yang akan diterbitkan pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat