Emas Kekal Dominasi, Namun Sukar Bolos Tembok $2,050

735

Dagangan emas mengekalkan pergerakan positif untuk enam hari berturut-turut semasa menyambung sesi pasaran Asia awal pagi tadi.

Kesukaran mata wang dolar AS dalam memulihkan nilainya mendorong pasaran emas menjadi hangat dan didagangkan sekitar paras $2,045, naik 0.04% berbanding semalam.

Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) dilihat alami pemulihan yang perlahan berbanding mata wang utama dunia pada paras 102.85. Perbendaharaan AS turut catat kejatuhan ke paras lebih rendah dengan hasil 10 tahun berada pada 4.259%.

Semalam, Presiden Federal Reserve (Fed) Cleveland, Loretta Mester berkata bahawa dasar monetari AS berada pada landasan yang baik bagi menilai maklumat terkini mengenai ekonomi dan keadaan kewangan.

Mester berkemungkinan tidak mencari peluang bagi menaikkan kadar faedah tetapi padanya Fed perlu bersedia jika ekonomi berada dalam masalah.

Berdasarkan data Keluaran Dalam Negara Kasar Tahunan AS untuk suku ketiga yang diterbitkan semalam, angka pertumbuhan mencapai 5.2% berbanding 4.9% sebelumnya. Ia lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 5.0%.

Pasaran telah menetapkan nilai pemotongan kadar sebanyak 25 mata asas pada Mei 2024 dan ia memberi kesan pergerakan dolar AS menuju ke penghujung 2023 ini.

Data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) NBS China pada hari ini dilihat mampu memberi kesan kepada harga emas disebabkan negara itu adalah pengeluar dan pengguna emas terbesar di dunia.

Kedua-dua bacaan data untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan catatkan penurunan masing-masing kepada 49.4 dan 50.2 mata.

Selain itu, AS akan mengeluarkan data tuntutan faedah pengangguran, indeks perbelanjaan peribadi pengguna, PMI Chicago dan jualan rumah tertunda pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat