Emas Kekalkan Harga Lebih Berhati-hati, Pasaran Nantikan Data PCE

343

Emas mengurangkan sedikit kerugian pada hari Rabu dan meningkat 0.1% pada Khamis selepas laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS memaparkan ekonomi yang perlahan dan menghidupkan semula harapan Federal Reserve (Fed) untuk lakukan pemotongan kadar faedah.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,346.96 iaitu naik sebanyak 0.15% sejak ia dibuka pada sesi dagangan Asia pagi tadi.

Hasil nota Perbendaharaan 10 tahun AS susut hampir tujuh mata asas kepada 4.548% dan mata wang dolar AS (DXY) susut 0.43% menjadi 104.67 mata.

Ekonomi AS berkembang pada kadar yang lebih perlahan berbanding suku keempat 2023 kerana sentimen kos pinjaman yang tinggi lebih lama telah menjejaskan ekonomi.

Selain itu, Jabatan Tenaga Kerja AS mendedahkan peningkatan dalam bilangan rakyat Amerika Syarikat dalam laporan kadar pengangguran.

Baru-baru ini, Presiden Fed New York John Wiliams menjadi tajuk utama pasaran selepas ucapan beliau mengatakan dasar monetari berada pada kedudukan baik walaupun inflasi masih degil dan menganggap pemotongan kadar faedah buat masa ini bukan satu keperluan.

John meramalkan bahawa inflasi akan mencapai sasaran 2% pada awal 2026.

Walaupun beliau seorang pegawai Fed yang bernada hawkish, pasaran emas masih kekal tidak berganjak ketara selepas ucapannya itu. Namun, pasaran perumahan AS pula yang dicatatkan kelemahan.

Pada lewat hari ini (Jumaat), peserta pasaran akan disajikan dengan data Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi (PCE) untuk April yang menjadi dorong Fed untuk inflasi seterusnya.

Konsensus pasaran menjangkakan PCE teras dijangka berada pada 2.8% tahunan dan PCE utama diunjurkan meningkat sebanyak 0.3% bulanan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat