Emas Kekalkan Posisi Tinggi, Konflik Di Rafah & Inflasi AS Terus Diperhatikan Pasaran!

504

Emas melanjutkan kenaikannya melebihi $2,370 pada penutup Jumaat lepas dan kekalkan posisinya tidak jauh semasa waktu dagangan Asia hari ini.

Ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Timur Tengah terus meningkatkan aliran selamat dan memanfaatkan logam kuning berharga itu.

Pada minggu ini, Indeks Harga Pengguna AS (CPI), Indeks Harga Pengeluar (PPI) dan Jualan Runcit akan menjadi perhatian tinggi dalam perubahan harga serta memaparkan beberapa petunjuk berkenaan ekonomi dan trajektori inflasi.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,358.48 iaitu turun sebanyak 0.8% sejak ia dibuka pada pagi tadi.

Sebelum ini, beberapa pegawai Federal Reserve (Fed) AS menyampaikan kenyataan mereka dengan bernada hawkish.

Presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic berkata bahawa tindakan dalam mengurangkan kadar faedah untuk 2024 adalah tidak wajar. Ia disebabkan oleh berlakunya peningkatan inflasi sejak awal tahun.

Fed Minneapolis, Neel Kashkari pula berkata mereka kini dalam posisi tunggu dan lihat mengenai dasar monetari dan data-data ekonomi penting pada masa akan datang.

Selain itu, sentimen pengguna di AS juga jatuh mendadak pada bulan Mei ke paras terendah dalam tempoh enam bulan di saat inflasi sedang meninggi.

Laporan Indeks Pengguna Universiti Michigan memaparkan kemerosotan kepada 67.4 untuk Mei daripada bacaan April iaitu 77.2. Ia masih di bawah konsensus pasaran iaitu 76.0.

Bacaan akhir inflasi IHP AS untuk April dijangka berkurangan kepada 3.4% tahunan berbanding bacaan sebelumnya iaitu 3.5%. Data yang lebih panas daripada jangkaan mungkin melemahkan harapan untuk berlakunya pemotongan kadar faedah dan mengheret harga emas untuk meninggi lagi.

Melihat ke arah konflik Timur Tengah pula, tentera Israel melancarkan operasi di utara Gaza semalaman dan merasakan ia satu tindakan yang tepat berhampiran sempadan Rafah. Pencerobohan mereka ke atas kawasan kecil itu merupakan persediaan sebelum penghapusan berskala penuh.

Ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah mungkin akan meningkatkan harga logam berharga serta aset selamat tradisional.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat