Emas Kekalkan Rentak Kukuh, Ucapan Hawkish Fed Belum Cukup Yakin?

346

Komoditi logam tradisional itu mencatatkan kenaikan sederhana pada lewat sesi Asia semalam di tengah-tengah hasil tinggi bon Perbendaharaan AS yang mampu menjatuhkan nilai emas dalam pasaran.

Dengan itu, kedudukan mata wang dolar AS alami pengukuhan tinggi dan mengehadkan kenaikan hambar oleh emas.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,357.30 iaitu turun sebanyak 0.17% sejak ia dibuka pada sesi dagangan Asia pagi tadi.

Walau bagaimanapun, pasaran saham Wall Street juga turut hadapi kerugian di saat hasil nota Perbendaharaan 10 tahun AS naik mendadak ke paras tertinggi sejak awal Mei. Risiko ini akan terus mendorong penurunan emas dalam masa terdekat ini.

Pada hari Selasa, berlangsungnya sidang akhbar pasaran dan beberapa pegawai Federal Reserve (Fed) kekal menetapkan pendirian hawkish mereka ke atas dasar monetari semasa. Dari segi data, Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan (CB) bertambah baik untuk bulan Mei dan bimbang ia akan meleset semula.

Minggu ini, peserta pasaran perlu bersiap sedia untuk keluaran data Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi (PCE) yang menjadi ukuran inflasi untuk Fed. Angka teras dijangka berada pada 2.8% tahunan dan PCE utama dijangka meningkat sebanyak 0.3% bulanan.

Dari sudut teknikal pula, emas masih utuh di posisi tinggi walaupun paras hariannya mula menunjukkan momentum yang hambar. Indeks Kekuatan Relatif (RSI) memaparkan aktiviti belian semakin kurang mendapat tarikan dan kekal mendatar.

Mengikut kedudukan terkini, pasaran meletakkan paras sokongan pertama tidak jauh pada $2,350. Seterusnya ia dilanjutkan ke posisi terendah 8 Mei pada $2,303 diikuti pada kawasan rendah 3 Mei iaitu pada $2,277.

Jika berlaku kenaikan, emas akan meneruskan pendakiannya di atas $2,350 seterusnya meneruskan kedudukan tingginya pada kawasan $2,400 diikuti dengan posisi ATH pada $2,450 dan kemudian pada $2,500.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat