Emas Keliru Nak Naik Atau Jatuh Lepas Tengok Dua Berita Ini

789

Emas memanjangkan penyusutan untuk hari keempat berturut-turut menjelang dagangan hujung minggu ketika pasaran dibelenggu oleh ketidakpastian mengenai pakej rangsangan Covid-19 AS dan kebimbangan terhadap lonjakan kes di seluruh dunia.

Logam berharga itu didagangkan lemah dengan berlegar di sekitar paras harga $1,867 per auns, sementara niaga hadapan emas pada $1,865 per auns (3.00 petang waktu Malaysia).

Pasaran pada mulanya menyambut baik laporan yang mengatakan Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell bersetuju untuk memulakan semula rundingan dengan Demokrat mengenai pakej rangsangan coronavirus baru yang tertangguh sebelum ini akibat pilihan raya.

Hal ini dapat dilihat daripada kenaikan emas pada sesi New York yang turut menyaksikan penurunan matawang US dolar.

Namun begitu, keputusan Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin kembali meranapkan harapan pasaran selepas beliau memutuskan untuk tidak melanjutkan bantuan pinjaman kecemasan Akta CARES kepada Federal Reserve (Fed).

Logam kuning biasanya akan terkesan dengan laporan ini yang pastinya akan membawa pengukuhan dolar greenback. Bagaimanapun, disebabkan pasaran turut mengharapkan rangsangan baru daripada Kongres, ia membantu menyokong emas daripada susut lebih rendah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat