Kejamnya! Pentadbiran Trump Hentikan Bantuan Kecemasan The Fed

445

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin pada hari Khamis telah mengeluarkan satu surat yang mengatakan beliau tidak akan melanjutkan program pinjaman kecemasan kepada Federal Reserve (Fed) yang sepatutnya berakhir akhir tahun ini dan mengembalikan semua dana yang masih belum digunakan.

Tindakan ini dilihat akan memberi tekanan buat Fed untuk menyokong pemulihan ekonomi di tengah-tengah ancaman kebangkitan semula pandemik coronavirus di negara itu terhadap sistem kewangan.

Susulan daripada itu, Fed menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dengan mengatakan bank pusat itu lebih suka bahawa kemudahan kecemasan yang ditubuhkan itu terus berperanan penting sebagai ‘backstop’ kepada Fed yang masih mengalami tekanan dan ekonomi yang lemah.

Program kecemasan yang akan berakhir pada 31 Disember itu, telah mengeluarkan pinjaman berjuta-juta dolar untuk memastikan ekonomi AS terus bertahan. Ia juga membantu mengembalikan kestabilan sistem kewangan setelah dikejutkan oleh gelombang coronavirus tahun ini.

Fed dan Perbendaharaan mempunyai tanggungjawab bersama untuk merancang dan meluluskan program, dengan beberapa di antaranya dibuat atas perintah Kongres dalam pakej bantuan besar-besaran yang dikenali sebagai Akta CARES, ditandatangani oleh Presiden Donald Trump pada bulan Mac.

Rentetan daripada keputusan Mnuchin, terdapat laporan terbaru sumber yang biasa dengan perkara itu memberitahu bahawa Fed masih mempunyai kuasa pinjaman yang besar sekiranya berlaku kejutan dalam sistem kewangan.

Selain itu, Mnuchin atau setiausaha perbendaharaan baru dari pentadbiran Joe Biden boleh memutuskan untuk menghidupkan semula program pinjamn kecemasan di bawah perjanjian baru dengan Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat