Emas Langsung Tidak Mempedulikan Komen yang Agak Hawkish dari Yellen dalam Sesi Ini!

47

Harga emas mengenepikan komen yang agak agresif oleh Yellen mengenai prospek kenaikan kadar oleh Fed. Dalam pada itu, tumpuan terus diberikan kepada ucapan sulung dari Donald Trump yang dijadualkan pada Jumaat ini.

Emas bagi penghantaran Februari di Comex jatuh sebanyak 0.93 peratus kepada $1,200.85 satu troy ounce. Dalam sesi ini juga, silver futures merosot sebanyak 1.57 peratus sementara copper futures meningkat sebanyak 0.73 peratus.

Dalam kenyataan pada lewat Rabu itu, Pengerusi Fed iaitu Janet Yellen mengatakan bahawa beliau melihat kenaikan kadar beberapa kali setahun dalam suasana ekonomi yang semakin pulih sehingga menjelang akhir 2019. Kadar dikatakan akan dinaikkan secara beransur-ansur sehingga ekonomi mencapai tahap neutral.

Menurut Yellen dalam satu ucapan di Commonweatlh Club, San Francisco, perubahan dasar monetari mengambil masa untuk menunjukkan kesan terhadap ekonomi.

Semalam, harga emas mencapai paras tertinggi dalam tempoh 8 minggu sementara pelabur menunggu ucapan dari Janet Yellen mengenai petunjuk kenaikan kadar pada masa akan datang.

Harga logam kuning bangkit kepada $1,218.90 pada Selasa, iiatu tahap yang tidak pernah dilihat sejak 22 November lalu selepas US Dollar menjunam gara-gara ucapan Trump.

Pasaran kewangan global akan terus memberi tumpuan kepada Trump kerana beliau akan mengangkat sumpah jawatan pada Jumaat ini. Pelabur juga amat menantikan butiran lanjut mengenai langkah pembaharuan cukai, perbelanjaan infrastruktur dan pendirian terhadap dasar China.

Fed juga sebelum ini telah meletakkan tiga unjuran kenaikan kadar bagi tahun 2017. Namun begitu, kelewatan dalam menaikkan kadar memberi manfaat buat emas.

Prospek ECB dalam Menamatkan Program Pembelian Asset Langsung Tidak Membimbangkan Itali

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat