Prospek ECB Untuk Menamatkan Program Pembelian Asset Langsung Tidak Membimbangkan Itali

37

Menteri Ekonomi Itali, Pier Carlo Padoan berkata semalam bahawa Itali tidak bimbang terhadap jangkaan bahawa Bank Pusat Eropah bakal menamatkan program pembelian asset. Beliau juga berpendapat bahawa ECB bakal mendapat manfaat dari langkah tersebut.

ECB sebelum ini memutuskan untuk mengurangkan saiz program pembelian bon yang bernilai kira-kira 1.5 trillion Euro dalam tempoh dua tahun lepas dan dijangka menamatkan program itu pada penghujung tahun 2017.

Ketika menjawab soalan mengenai jumlah public debt yang tinggi di Itali, Padoan memberitahu Reuters dalam satu temubual bahawa negara tersebut tidak bimbang terhadap prospek kehilangan rangsangan dari Frankfurt. Beliau juga menyifatkan bahawa buat masa sekarang, Itali sedang menguruskan komposisi public debt.

Jumlah keseluruhan bad loans di Itali hampir mencecah 200 Billion Euro bersamaan $212.7 Billion. Jumlah yang agak besar ini akan menamatkan era kadar faedah rendah di Itali.

Hal ini kerana, Padoan berpendapat, kadar faeah yang lebih tinggi akan meluaskan margin keuntungan buat bank dan membantu dalam menstabilkan kedudukan balance sheet mereka.

China Sedia Untuk Memperbaiki Keretakan Hubungan Dengan AS : Kementerian Perdagangan China 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat