Emas Masih Bertahan Di Paras $2,160, Pasaran Kekal Fokus Pada Dasar Fed

421

Emas mencatatkan kenaikan sederhana pada hari Isnin di tengah-tengah suasana pasaran yang tenang apabila para pelabur bersiap sedia untuk menantikan keputusan dasar monetari bank pusat utama.

Bank of Japan (BoJ), Reserve Bank of Australia (RBA), Swiss National Bank (SNB) dan Bank of England (BoE) bakal mengumumkan keputusan mesyuarat mereka serta menjadi tumpuan tertinggi pasaran pastinya pada mesyuarat FOMC.

Kecondongan Federal Reserve (Fed) yang lebih hawkish mendorong harga XAU/USD kekal kukuh di atas $2,100.00 serta pengurangan tarikan belian para pelabur untuk mata wang dolar AS.

Buat masa ini, harga emas berada pada paras $2,160.73 iaitu naik sebanyak 0.01% sejak pembukaan awal dagangan pagi tadi.

Kini, harga logam kuning itu terus disokong oleh spekulasi sebelum ini berkenaan Fed akan mula melonggarkan dasar monetarinya lebih awal daripada jangkaan. Namun, Bullion telah jatuh hampir 1% pada minggu lepas berikutan data inflasi dalam pengguna dan pengeluar di Amerika Syarikat yang mengejutkan pasaran.

Perkara itu telah mendorong lonjakan dalam hasil bon Perbendaharaan AS dan mengakibatkan nilai dolar AS mencatatkan kenaikan lebih 0.69% pada minggu lepas. Hal itu juga turut mengheret harga emas untuk merosot.

Jika dilihat secara teknikal, emas masih dalam satu alur positif di paras sekitar $2,160 hingga $2,180. Para pelabur meramalkan harganya akan cuba merendah sedikit di bawah julat tersebut.

Namun, tarikan belian yang berlebihan boleh memacu harga ke aras paras tertinggi tahun ini pada tahap $2,195.15 dan mampu mengatasi paras $2,200.00.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat