Emas bergerak tidak stabil semasa dagangan semalam di saat sentimen pilihan raya presiden AS tidak menentu dalam melihat calon yang bakal mentadbir White House.
Selain itu, Federal Reserve (Fed) AS dijangka akan menurunkan kadar faedahnya pada mesyuarat FOMC minggu ini.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $2,735.09 iaitu turun 0.06% sejak ia dibuka pada awal dagangan sesi Asia di hari Selasa.
Tinjauan pasaran saham Amerika Syarikat juga turut mengalihkan tumpuan mereka ke atas keputusan pilihan raya presiden buat calon Demokrat, Kamala Harris dan Republik, Donald Trump.
Reuters melaporkan kebimbangan bahawa AS mungkin menghadapi krisis pilihan raya yang sama selepas kekalahan pilihan raya Trump 2020.
Pada Khamis, Fed AS dijangka akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada paras 4.50% hingga 4.75% walaupun dorongan data ekonomi AS Oktober mendedahkan pasaran buruh kekal berdaya tahan.
Sementara itu, emas telah mengalami kenaikan lebih 30% pada 2024 dan mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa sekitar $2,790 pada penghujung Oktober.